Jika ditanyakan apakah satu produk baharu yang perlu dicuba ketika ini, saya akan jawab Do It All Sheer Tinted Balm dari IT Cosmetics. Saya ada sebab tersendiri mengapa ia jadi pilihan.
Bayangkan sebuah produk yang menawarkan manfaat dan empat fungsi sekaligus, dan itulah yang salap samar ini lakukan. Do It All Sheer Tint Face Balm menawarkan liputan yang jernih dan melembapkan kulit, menjadikan wajah lebih berseri. Jika anda mahukan produk yang boleh berikan efek ‘no makeup makeup’ inilah jawapan kepada pencarian anda. Tambahan pula penggunaan tinted balm lebih pantas dan menjimatkan masa, memang sesuai untuk anda yang mahukan sesuatu yang mudah namun ada efek dan perubahannya.
Salap ini dilengkapi dengan 92 peratus bahan penjagaan kulit seperti peptide kolagen yang menegang, meratakan ton kulit serta meminimumkan garis-garis halus. Penggunaan harian akan memberikan manfaat yang disebutkan tadi pada kulit, dan perubahan pada kulit itu boleh dilihat dalam empat minggu. Teksturnya ringan dan kulit bebas bernafas biarpun diliputi salap ini. Paling utama ia menawarkan kelembapan kulit 24 jam.
Antara bahan lain yang terkandung di dalam salap ini ialah asid hyaluronik yang memang diakui keberkesanannya dalam melembap dan menganjalkan kulit. Ia juga dilengkapi dengan vitamin E. Bahan-bahan yang digunakan juga membuatkan Do It All Sheer Tinted Balm amat sesuai dengan semua jenis kulit dan usia termasuklah kulit matang.
CARA APLIKASI
Ada dua cara untuk mengoles salap ini, sama ada anda menggunakan berus (kami sarankan Heavenly Luxe™ Complexion Perfection Brush 07) atau anda boleh saja gunakan jari. Mulakan dari bahagian tengah wajah (sebelah hidung), dan ratakan dengan gerakan ke luar wajah dan juga leher.
Do It All Sheer Tinted Balm hadir lengkap dalam sembilan pilihan ton dari ‘Fairest Natural’ hingga ke ton yang gelap ‘Rich Warm’. Boleh dapatkan di stop Sephora mahupun secara dalam talian di pautan INI. Harganya RM138 sahaja.




