Gambar: Arkib EH!
Misha bukan sahaja tampil makin cantik namun kulitnya juga tampak lebih berseri. Ramai beranggapan itu adalah seri pengantin, namun apabila mengetahui berita Misha Omar kini disunting Shiseido, terjawab segala persoalannya.
Rejim Kecantikan
Penjagaan asas kulit adalah amat penting bagi saya, yang mana membersih, melembut, merawat dan melembap antara yang harus dilakukan setiap hari. Di waktu siang, saya memakai krim tabir suria. Saya tahu kesan cahaya matahari kepada kulit adalah matahari kepada kulit adalah memudaratkan, jadi saya mengamalkan pemakaian krim tabir suria satu tabiat setiap kali keluar rumah.
Serum juga amat penting untuk kulit, dulunya saya tidak begitu disiplin dalam penjagaan kulit, namun semakin meningkat usia, saya menjadi lebih peka akan rawatan kulit. Pemakaian serum mampu merawat kulit dari dalam, malah dengan serum anti-dark spot Shiseido bukan saja mencerah malah menghilangkan tompok hitam pada wajah.
Tip solekan Misha Omar
- Saya sukakan gincu merah bertekstur pusam, jadi saya selalu mengoles dua lapisan pada bibir bagi memberi impak yang lebih menonjol.
- Memilih bedak asas yang sesuai dengan ton kulit juga penting, jadi pastikan anda memilih rona yang betul.
- Pilihlah bedak yang mengandungi SPF. Ia melindungi kulit daripada sinaran matahari yang memudaratkan.
- Untuk penggayaan rambut yang menarik, gunakan Shiseido Professional Design Tex 5, ia memastikan gaya rambut anda kekal lama malah tidak melekit dan berminyak.