Tak perlu bergantung kepada produk mahal atau teknik viral semata. Bila kulit anda sudah ‘lock’ dengan baik, mood pun akan sentiasa berada di tahap terbaik, tanpa perlu risau masalah foundation crack!
Bayangkan anda melangkah keluar dengan solekan yang on point pada waktu pagi, kulit nampak glowing, flawless persis effect filter. Tetapi belum pun tengah hari, bahagian T zon mula berminyak, bawah mata menjadi kering, dan foundation mula ‘crack’ solekan yang tadi sempurna, kini nampak bercapuk boleh spoil terus mood!
Jangan risau, EH! kongsikan tip untuk pastikan foundation anda kekal flawless, smooth dan tahan sepanjang hari tanpa perlu touch-up berulang kali.
1. Prep Kulit
Foundation yang cantik bermula dengan kulit yang bersih dan terhidrat. Cuci wajah dengan pencuci lembut, kemudian gunakan toner, serum dan moisturizer. Kulit yang cukup lembap dapat membantu mengelakkan foundation mengumpul di celah garis halus.
2. Pakai Primer
Primer bukan sekadar langkah tambahan ia penting untuk kawal minyak, blur pori dan ‘grip’ foundation dengan lebih baik. Untuk kulit berminyak, cari primer jenis mattifying. Untuk kulit kering, pilih primer yang beri effect glowing atau hydrating.
3. Teknik ‘Less Is More’
Lagi tebal sapuan foundation, lagi mudah ia crack. Gunakan sedikit sahaja dan blend perlahan-lahan menggunakan sponge basah atau berus buffing. Fokuskan sapuan di kawasan yang perlu sahaja, seperti sekitar hidung dan dagu.
4. ‘Lock’ Dengan Teknik Sandwich
Lepas foundation, sapukan sedikit translucent powder dengan sapuan ringan, fokus pada zon berminyak. Untuk kawasan bawah mata, cuba teknik concealer sandwich iaitu pelembap, concealer, bedak dan concealer nipis untuk elak creasing.
5. Setting Spray Bukan Hanya Di Akhir
Ramai sangka setting spray hanya perlu di akhir solekan. Tetapi sebenarnya, semburan selepas primer, foundation dan sekali lagi selepas semua selesai akan membantu ‘seal’ solekan dan beri kelembapan tambahan untuk hasil flawless lebih lama.
Artikel Berkaitan: 4 Makeup Hack TikTok Yang Anda Boleh Cuba