Dalam dunia kecantikan hari ini, less truly is more. It’s not about layering more, but layering right. Solekan yang terbaik bukan sekadar tahan lama, tetapi juga mampu bergerak bersama anda dari satu rumah ke satu rumah tanpa pernah kehilangan pesonanya.
Sebagai panduan, EH! himpunkan beberapa tip penting untuk membantu anda mendapatkan solekan yang kekal sempurna sepanjang hari. Pemilihan formula yang tepat serta teknik aplikasi yang betul merupakan kunci kepada solekan yang tahan lama. Hasilnya bukan sahaja kekal di tempatnya, malah kelihatan seamless, polished dan effortlessly elevated sepanjang hari.
Intai Tip Elak Solekan Bercapuk Selepas Kunjungi Rumah Terbuka;
1. Prep Kulit
Sebelum capai foundation, pastikan kulit anda sudah benar-benar bersedia. Kunci utama adalah kelembapan, kulit yang cukup hydrated akan buat base nampak lebih smooth dan menyatu cantik. Pilih moisturizer yang ringan dan cepat meresap supaya kulit terasa selesa, bukan berminyak. Bila kulit berada dalam kondisi terbaik, solekan bukan sahaja lebih mudah melekat, tetapi juga kekal flawless lebih lama ibarat second skin yang nampak natural sepanjang hari.
2. Guna Primer Ikut Jenis Kulit
Jangan pandang remeh langkah ini, primer sebenarnya boleh menjadi game changer dalam rutin solekan. Kuncinya adalah pilih yang sesuai dengan keadaan kulit anda. Jika kulit cenderung berminyak, pilih jenis mattifying untuk bantu kawal kilap sepanjang hari. Jika kulit kering, hydrating akan bantu kekalkan kelembapan dan elak solekan nampak pecah. Bila primer yang digunakan betul, anda akan nampak sendiri perbezaannya. Solekan menjadi lebih halus, kemas dan terletak cantik pada kulit.
3. Elakkan Foundation Terlalu Tebal
Untuk solekan tahan lama tidak bermakna anda perlu memakai foundation secara tebal. Mulakan dengan lapisan nipis dan buildable untuk hasil yang lebih natural. Jika ada dark spot atau cela, tutup terlebih dahulu dengan concealer sebelum meratakan foundation secara ringan. Teknik ini bukan sahaja memberi kemasan yang lebih halus, malah membantu mengurangkan risiko solekan pecah atau bercapuk sepanjang hari.
4. Pilih Produk Tahan Lama
Jika anda tahu hari tersebut dipenuhi dengan aktiviti beraya dari pagi hingga malam, beri perhatian pada label seperti long-wear, sweat-proof atau transfer-proof. Formula ini direka untuk bertahan lebih lama walaupun dalam cuaca panas dan lembap, sekaligus membantu solekan kekal di tempatnya tanpa mudah pudar. Anda juga tidak perlu terlalu kerap melakukan touch-up atau risau tentang solekan yang beralih sepanjang hari walaupun jadual Raya padat tanpa henti.
5. Set Solekan
Langkah penting yang benar-benar menentukan sama ada solekan anda tahan atau tidak adalah, set solekan anda dengan loose powder secara ringan cukup untuk kawal kilap tanpa membuatkan kulit nampak berat. Kemudian, akhiri dengan setting spray untuk lock keseluruhan look supaya kekal kemas lebih lama. Anda juga boleh simpan compact powder dalam tas tangan, senang untuk quick touch-up bila perlu, terutama ketika tengah beraya dari satu rumah ke satu rumah.
6. Blot Sebelum Touch-Up
Apabila wajah mula berminyak, elakkan terus menambah lapisan bedak. Sebaliknya, gunakan blotting paper terlebih dahulu untuk menyerap lebihan minyak pada kulit, terutamanya di kawasan T-zone. Langkah ini penting kerana ia membantu mengekalkan tekstur solekan tanpa membuatkan lapisan menjadi terlalu tebal atau cakey. Selepas minyak diserap, barulah lakukan touch-up secara ringan jika perlu.
7. Kurangkan Sentuh Wajah
Tanpa sedar, kita cenderung menyentuh wajah terutama ketika makan atau berbual. Tabiat ini boleh mengganggu solekan. Sentuhan tangan juga boleh memindahkan kotoran serta minyak ke kulit. Cuba kurangkan sentuhan yang tidak perlu dan pastikan tangan sentiasa bersih sebelum melakukan sebarang touch-up. Langkah kecil ini mampu membantu solekan kekal kemas dan tahan lebih lama sepanjang hari.
Produk Rekomendasi EH!

Artikel Berkaitan: Dua Gaya, Satu Sentuhan: Raya Look Versatil Bersama essence


