Secara istimewa, EH! kongsikan tip kecantikan Datuk Sri Siti Nurhaliza yang boleh anda jadikan inspirasi dari rutin kecantikan penyanyi popular ini.
Gambar: SimplySiti
Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Siti Nurhaliza? Ikon terkenal negara dengan kecantikan dan bakat nyanyian yang terserlah sejak mula menyanyi pada 1995 hinggalah kini memang sukar untuk ditandingi.
Datuk Siti Nurhaliza tidak dinafikan seorang yang sungguh cantik dari budi pekerti sehinggalah ke penjagaan wajah dan diri. Kali ini, EH! secara istimewa menemu ramah Datuk Siti Nurhaliza untuk bertanyakan tip kecantikan beliau yang tidak dinafikan kejelitaannya. Jom ketahui tips kecantikan beliau untuk lebih inspirasi penjagaan wajah dan rambut.