Siapa yang tidak kenal dengan Fauziah Latiff atau lebih mesra dengan panggilan Gee. Jika dia tidak dikenali generasi masa kini kerana kelunakan suaranya, dia pasti menjadi sebutan kerana kejelitaannya yang tidak dimakan usia.
TAK PERLU SUNTIK KALAU NAK CANTIK >>
DIET EKSTREM BUKAN PILIHAN SARAH LIAN >>
Menurut Gee, dia yang mula menyanyi ketika berumur 15 tahun ini sudah mula bersolek ketika remaja tetapi tidak menitik beratkan penjagaannya dan ini menyebabkan kulitnya menjadi tidak bermaya. Duta untuk produk kecantikan SKII ini turut mengalami masalah zon T yang berminyak dan ton kulit yang tidak sekata selepas melakukan aktiviti luar dan akibat daripada hobinya yang suka menyelam, air laut dan cahaya matahari menjadikan kulitnya kering. Baginya, SKII merupakan penyelamat kepada setiap masalah kulit yang dihadapinya.
TIP KECANTIKAN KULIT NADIYA NISAA >>
Gee akan memastikan kulitnya dilitupi dengan krim pelindung matahari SKII Facial Treatment UV Protection setiap kali keluar rumah. Jika dia melakukan aktiviti laut, dia akan memastikan kulitnya dirawat dengan SKII Facial Treatment Mask untuk menghidratkan kembali kulitnya.
**Untuk lebih petua daripada Gee, ikuti temu bual Izzati Saadin bersamanya di halaman 142 EH! keluaran Jun.