Tidak dinafikan, pelakon watak Ain Hawani di dalam drama bersiri Adam Hawa ini memang mempunyai kulit yang cantik. Pada bulan ini, Nadiya Nisaa telah dipilih untuk bercakap mengenai kecantikan di dalam ruangan EH! Jurnal Cantik. Now let’s start our beauty talk with Nadiya Nisaa.
1. Bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan, Nadiya akan bersenam dan sweat it all out selain daripada menjaga pemakanan dan melakukan rawatan kulit setiap bulan.
RAHSIA KECANTIKAN RATU MALAYSIA >>
2. Pernah juga mengalami masalah kulit kusam kerana waktu kerja yang tidak menentu yang membuatkannya tampak letih dan lesu. Nadiya telah menggunakan rangkaian Clarins White Plus untuk mengatasi masalah ini.
3. Lima item kecantikan yang mesti ada di dalam beg tangannya adalah tisu lembap, salap bibir, penggaris mata, highlighter dan penggaris kening.
TAK PERLU SUNTIK KALAU NAK CANTIK >>
4. Nadiya merasakan gabungan krim tabir suria yang tidak bercapuk bersama primer wajah dan bedak lut sinar di dalam satu palet sebagai produk magis yang perlu dihasilkan untuk mendapatkan wajah yang berseri.
RAMBUT MAMPU MEMBUATKAN ANDA KELIHATAN 10 TAHUN LEBIH MUDA >>
*Untuk temu bual penuh Izzati Saadin bersama Nadiya Nisaa, dapatkan EH! Keluaran April segera!