Risau bulu mata tidak sekata dek terperap di rumah. Ketahui tip mudah untuk menjaga bulu mata agar mata tampak lebih bersinar dan segar!
Pelbagai tip kecantikan atau cara solekan yang dapat dikongsi atau dipelajari sepanjang musim bekerja di rumah ini. Tetapi penjagaan bulu mata tidak pernah menjadi tanda tanya, malah ia sering di ambil remeh atau jarang sekali diberikan perhatian ekstra. Seperti penjagaan rambut, rutin menggunakan syampu, perapi atau sekali-sekala dipupurkan untuk dapatkan hasil rambut lebih bermaya dan bersinar. Begitu juga dengan bahagian mata, ia merupakan helaian lanjutan rambut yang unik kerana berada di garisan atas mata. Jadi penjagaannya agak rumit dan memerlukan pendekatan yang berbeza dengan tekanan yang lebih lembut.
Bulu mata juga boleh bertindak menjadi lebih pendek, tipis, atau lebih ringan tanpa penjagaan lengkap.
Ia terhasil daripada keratin protein, di mana ia sebagai folikel rambut yang dilapisi dalam sebum terus dari kelenjarnya. Seperti semua rambut yang tumbuh dari permukaan kulit manusia, malah juga menjalani kitaran tumbuh dan jatuh sama seperti rambut, kulit, dan kuku. Secara asasnya, perlu diberi perhatian dan mendapatkan rawatan yang sama dalam misi memastikan ia tumbuh (atau kekal) dengan lebih kuat dan sihat. Seiring dengan peradaran masa seperti kematangan atau penuaan, manusia akan kehilangan sekurang-kurangnya satu hingga empat helaian dalam sehari. Bulu Mata juga boleh bertindak menjadi lebih pendek, tipis, atau lebih ringan tanpa penjagaan lengkap.
EH! berkongsi lima tip mudah untuk memastikan bulu mata yang lebih sihat serta mampu bertahan lebih lama!
Buang Maskara Dengan Teliti
Pembuangan maskara adalah penting kerana untuk mengelakkan kerengsaan tidak diingini masuk ke dalam mata. Rendam pad kapas dengan penggunaan formula cecair yang mampu memecah maskara dengan lebih lembut, kemudian tahan di permukaan mata selama beberapa saat. Ulang langkah yang sama sehingga bersih, dan tidak perlu menarik atau memaksa keluar jika ada produk yang masih melekat pada bulu mata. Untuk yang mementingkan penjagaan alam sekitar pula, tidak salah jika beralih daripada pad kapas kepada kain yang boleh digunakan semula.
Cegah Kelenjar Mata Dari Tersumbat
Selepas membersihkan maskara, ambil pad kapas yang baru atau kain bersih, lalu perlahan-lahan menekan bulu mata ke arah atas. Ulang langkah yang sama dan menekan bulu mata ke arah bawah. Bahagian mata mempunyai ratusan kelenjar kecil di atas dan bawah kelopak mata. Ia menghasilkan minyak yang dapat melincirkan permukaan mata. Jadi cara membersihkan bahagian ini perlu dilakukan secara berhati-hati untuk elak dari tersumbat, mencegah keradangan pada kelopak mata seperti kemerahan, gatal, atau gangguan lain pada mata yang disebabkan oleh bakteria.
Penggunaan Perapi Bulu Mata
Dengan menggunakan perapi, ia dapat meningkatkan penampilan dan kesihatan bulu mata, serta melindungi daripada kerosakan. Selain daripada itu, ia boleh membantu kekuatan dan fleksibiliti, yang boleh memastikan kitaran penumbuhan bulu mata secara semula jadi.
Cecair Titisan Buat Mata
Penggunaan cecair titisan pada mata dapat membantu untuk membersihkan mata tanpa perlu menggosok dengan tekanan yang kuat. Ia juga menyegarkan dan menghilangkan gejala mata kering atau letih. Pastikan pemilihan produk menggunakan formula yang lebih teliti seperti kandungan asid hyaluronik, kerana ia adalah bahan yang sangat semula jadi dan lebih baik buat banyak bahagian tubuh badan, termasuk mata.
Rehatkan Bulu Mata Bebas Maskara
Gunakan tempoh Perintah Pergerakan Kawalan ini untuk merehatkan bulu mata anda dengan bebas maskara. Secara asasnya, maskara tidaklah merupakan produk yang harus anda ketepikan, namun maskara yang kalis air boleh menyebabkan jatuh dengan lebih banyak jika pembuangan maskara tidak dilakukan secara teliti. Walaubagaimanapun, penggunaan maskara secara berterusan tidak menjadi masalah, jika langkah pembersihan dan penjagaan dititikberatkan.
Artikerl berkaitan Perkara Yang Harus Dielakkan Dalam Menjaga Kesihatan Kulit Bahagian Mata