1. Layangkan sedikit bedak translucent pada bulu mata sebelum menyapu maskara. Ia buat bulu mata tampak lebih tebal dan lebat.
Gambar: lovepurebeauty.wordpress.com
2. Jika mahu mengenakan solekan berkabut hitam (smokey eyes), apa kata sapukan pembayang mata rona hijau gelap atau biru gelap sebelum anda menyapu pembayang mata hitam. Ia mencipta rona hitam yang lebih berdimensi.
3. Jika memakai bulu mata palsu, pastikan anda bersiap sedia dengan pencungkil gigi di dalam beg supaya anda boleh gunakannya untuk menekan-nekan bulu mata palsu jika perlu.
4. Sejurus menyapu maskara, sikat bulu mata untuk memisahkan bulu mata, hasilnya bulu mata tampak lebih asli.