Setiap kurniaan dari Tuhan adalah yang terbaik buat setiap manusia. Ada yang rasa rendah diri dengan rambut kerinting lantas ke salon dan diluruskan rambutnya. Ahh! Sayangnya rambut kamu! Tidaklah sesusah mana pun untuk menjaganya.
Gambar: wallpoper.com
Syampu Dan Perapi
Gunakan syampu khas untuk rambut kerinting yang terjual di pasaran. Dan jangan tinggalkan perapi kerana rambut kerinting mudah kering di hujung, jadi perapi adalah penyelamat terbaik.
Gambar: gmcmaroc.com
Mengeringkan Rambut
Rambut keriting tak sama dengan rambut lurus yang boleh dikeringkan dengan pengering rambut. Seeloknya biarkan rambut kamu kering dengan sendirinya bagi menjaga tekstur kerintingnya. Jika kamu mahu menggunakan pengering rambut, pastikan kamu menggunakan diffuser bagi mengekalkan alunan rambut.
Gambar: kokosowa-panna.blogspot.com
Sikat
Seeloknya bagi yang berambut kerinting elakkan dari menggunakan sikat yang rapat atau berus rambut kerana ia akan merosakkan tekstur rambut kamu. Sebaliknya gunakan sikat yang jarang untuk menyisir rambut.
Trim Rambut
Trim hujung rambut kamu setiap lapan ke sepuluh minggu sekali bagi membuang rambut yang bercabang di hujung dan rosak.