Kualiti udara mencecah tahap tidak sihat di Malaysia sejak kebelakangan ini. Jerebu mempunyai tahap pencemaran udara yang boleh meletakkan kulit berada di paras bahaya.
Jerebu kembali di mana langit yang biasanya cerah diselubungi asap kelabu. Dengan kepekatan tinggi bahan pencemar udara seperti jelaga dan habuk yang terdapat dalam jerebu, kulit kita akan lebih terdedah kepada kerengsaan.
Ini bermakna, lebih banyak jerawat, kemerahan, kegatalan akan terjadi. kita perlu berikan lebih perhatian terhadap kulit dan tidak mengabaikannya kerana mencegah lebih baik daripada merawat kulit yang sudah teruk.
EH! bariskan petua dan produk penjagaan kulit terbaik untuk memastikan kulit anda sihat dan glowing biarpun dalam keadaan cuaca berjerebu.
1. Membuang kekotoran dengan air micellar
Untuk pembersihan menyeluruh, air micellar adalah cara terbaik. Tidak kira bersolek atau tidak, kita perlu menggunakan air micellar untuk menanggalkan bakteria pada permukaan kulit. Ia merupakan pilihan yang bagus kerana ia tidak mengandungi alkohol yang lazimnya boleh mengeringkan kulit.
2. Double cleansing
Membersihkan muka sekali sahaja tidak mecukupi. Cuci muka sekurangnya dua kali menggunakan produk berasaskan minyak pada cucian pertama dan kemudian diikuti dengan pembersih berasaskan air. Cara ini dapat membersihkan kulit dengan lebih dalam dan juga mencerahkan kulit kusam.
3. Jangan lupa pelembap
Toksin dalam bahan pencemar udara boleh menyebabkan kulit kering, jadi penting untuk memastikan kulit sentiasa terhidrat dengan pelembap muka. Ia bukan sahaja membantu membaiki kelembapan kulit, ia juga bertindak sebagai lapisan pelindung pada kulit anda untuk menghalang bakteria.
4. Memakai pelindung matahari
Kajian telah menunjukkan bahawa jerebu boleh menyumbang kepada penuaan kulit pramatang. Cuaca ini memerangkap sinaran UV, menjadikan kesan pendedahan UV lebih kuat berbanding pada hari cerah yang biasa. Pelindung matahari sudah menjadi rutin harian untuk penjagaan kulit, jadi jangan lupa untuk oleskan sunscreen apabila berada di luar, tidak kiralah jerebu atau tidak.
5. Belai kulit dengan topeng muka
Jika anda mahukan produk lebihan untuk penjagaan kulit, topeng muka yang mempunyai bahan seperti arang amat sesuai untuk baiki kulit anda. Ia bagus untuk membersih kotoran serta memecahkan toksin persekitaran yang menekan kulit.
Selain itu, arang juga sesuai untuk kulit kombinasi kerana ia membantu mengimbangi kulit dengan menghilangkan minyak berlebihan dan melicinkan kulit. Jadi tambahkan topeng muka pada rutin penjagaan kulit anda!
Baca: Lancome x Lourve, Koleksi Cantik Signifikan Mesti Milik