Rambut bleached memang memerlukan penjagaan ekstra, tapi dengan rutin yang betul, rambut anda boleh kekal sihat dan lembut. Jangan takut untuk bereksperimen, asalkan anda sayangkan rambut dan berikan yang terbaik untuknya.
Melakukan bleaching pada rambut sememangnya cara paling mudah untuk dapatkan warna rambut yang kita inginkan. Namun, proses kimia ini juga boleh menyebabkan rambut menjadi kering, rapuh dan mudah putus jika tidak dijaga dengan betul. Jadi, bagaimana caranya untuk memastikan rambut yang telah bleach kekal sihat dan cantik? Jom EH! kongsikan tip penjagaan rambut selepas bleaching yang wajib anda tahu.
Intai lima Tip Penjagaan Rambut Selepas Bleaching;
1. Gunakan Syampu & Perapi Khusus
Pilih syampu dan perapi yang diformulasikan khas untuk rambut yang telah di bleach atau rambut rosak. Produk ini biasanya mengandungi bahan yang melembapkan dan memperbaiki rambut supaya tidak mudah kering dan patah.
2. Elakkan Mencuci Rambut Terlalu Kerap
Mencuci rambut setiap hari boleh menanggalkan minyak semula jadi yang melindungi rambut. Untuk rambut bleach, cuba basuh 2-3 kali seminggu sahaja bagi mengelakkan rambut bertambah kering dan rapuh.
3. Kurangkan Penggunaan Alat Pemanas
Penggunaan alat pengering, pelurus atau pengeriting rambut yang terlalu kerap boleh memburukkan lagi keadaan rambut yang telah rosak. Jika perlu, gunakan suhu rendah dan spray pelindung haba sebelum menggayakan.
4. Trim Rambut
Memotong hujung rambut setiap 6-8 minggu dapat mengelakkan masalah hujung bercabang yang kerap berlaku pada rambut yang sudah bleached.
5. Gunakan Produk Pelindung Rambut
Sebelum keluar rumah, sapukan serum atau minyak rambut yang dapat melindungi rambut daripada pencemaran dan sinar UV yang boleh merosakkan rambut. Pilih produk yang kaya dengan bahan semula jadi seperti minyak argan, kelapa atau shea butter.
Artikel Berkaitan: Cara Pilih Sikat Yang Sesuai Dengan Jenis Rambut