Tubuh dan kulit kita menyerap lebih banyak nutrisi pada waktu malam, jadi itulah waktu yang tepat untuk memberikan vitamin pada kulit agar sebarang masalah yang dialami dapat diatasi.
Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa malam adalah waktu yang tepat bagi kulit untuk melakukan regenerasi kulit. Regenerasi kulit adalah penggantian sel-sel kulit mati dengan sel-sel kulit baru atau muda.
Regenerasi kulit atau pertumbuhan semula kulit baru akan membuatkan kulit menjadi lebih sihat, lembut, licin serta dapat menghindari dari kemunculan kedutan dan garis penuaan pada wajah.
Dimestikan untuk anda membersihkan terlebih dahulu sisa solekan pada wajah sebelum tidur supaya kulit dapat bernafas dengan sempurna. Pada waktu siang kulit memerlukan perlindungan manakala di malam hari pula kulit perlukan rawatan bagi memperbaiki segala masalah yang ada pada wajah.
Walaupun tidak terdedah dengan pancaran matahari, kulit di malam hari juga akan hilang kelembapan disebabkan oleh penghawa dingin. Jadi, EH! menyarankan untuk anda melakukan tip penjagaan wajah di malam hari untuk kulit yang cantik halus mulus.