Gucci Rouge à Lèvres Lunaison Edisi Terhad (RM175)
Untuk meraikan semangat Tahun Baharu Lunar, Gucci Beauty mengalu-alukan edisi terhad Rouge à Lèvres Lunaison dalam dua warna merah klasik iaitu: 505 Janet Rust dan 515 Devotion. Formula kilauan mutiara yang berkelip-kelip ini membawa keajaiban dan keceriaan kepada setiap pencinta gincu, disarung dalam tiub merah jambu berwarna emas dan metalik yang mewah, terukir dengan motif hiasan yang dipengaruhi oleh seni Art Deco yang memberikan seni keseimbangan canggih – klasik tampak kontemporari. Warna yang terang dan sekali sapu diformulakan dengan ciri tahan lama dan kekal selesa sepanjang masa.
Gucci Cushion De Beauté Edisi Terhad (RM275)
Berikan rupa kulit anda dengan kehangatan cahaya yang menggembirakan: Cushion De Beauté edisi terhad dirumus dengan sifat tuah dan klasik. Cushion De Beauté memberikan liputan solekan yang ringan, tidak melekit dan bersifat anti-pencemaran dan penghidratannya memberikan anda kelembapan dan perlindungan yang halus sepanjang hari. Tersedia dalam 3 warna, Gucci Cushion De Beauté edisi terhad dipersembahkan dalam cetakan Gucci geometrik kilau, eksklusif yang merangkum semangat Tahun Baru Arnab.
Artikel berkaitan: 3 Gincu Baharu Sempena Pembuka 2023