Oleh: Khairul Abidin
EH! Sempat menemu bual Makeup Stylist NARS, Jane Richardson yang berkunjung ke Kuala Lumpur baru-baru ini. Dia sempat berkongsi beberapa tip solekan yang mungkin boleh membantu anda memahami dan mengenakan alat dengan betul.
Apakah kesilapan yang sering dilakukan wanita pabila bersolek?
Solekan seharusnya tidak terbatas pada sebarang usia, dan tiada betul atau salah. Saya melihat sesuatu gaya solekan sebagai satu luahan kreativiti.
Apa yang seronoknya bergelar jurusolek?
Kerjaya ini cukup menarik pada saya. Saya diberi ruang untuk melakukan bermacam-macam-macam perkara. Hari-hari yang saya lalui berbeza-beza. Ada kalanya saya bertemu media untuk interviu, esoknya pula di studio untuk penggambaran, hari lainnya pula berada di belakang pentas pertunjukan fesyen.
Perlukah solekan sepadan dengan apa yang kita pakai?
Tidak semestinya.
Tip solekan asas dan yang paling penting yang mahu anda kongsikan?
Pilih satu titik tumpu. Mata atau bibir misalnya. Dan untuk musim bunga tahun ini, bibir rona jingga terang bakal menjadi hit. Mungkin anda boleh mencuba gaya ini.
Tip mencipta asas solekan yang sempurna
Mulakan dengan menyapu primer, diikuti dengan bedak asas, kemudian sapukan penyamar noda dan set solekan dengan bedak tabur. Pilihan ton warna mestilah sesuai dengan kulit.
Siapakah selebriti Hollywood yang ingin anda solekkan?
Kate Winslet dan Cate Blanchette.