Ikuti tip solekan yang menepati citarasa musim bunga 2021 bersama tiga produk esensi terbaru daripada Anastasia Beverly Hills!
Masa berlalu dengan begitu pantas, begitu juga dengan peredaran tren dalam dunia kecantikan. Di ketika musim kawalan pergerakan kali kedua ini, kecantikan menjadi salah satu perkara yang penting sejajar dengan kepentingan untuk menjaga kesihatan. Of course you’ll feel good when you look good.
Bagaimana kecantikan mendapat tempat buat arus musim bunga 2021 ini? Tentunya ini adalah soalan yang menarik, buat dunia fesyen dan kecantikan, dalam menyahut kreativiti musim ini – baik di landasan fesyen, majalah, laman media sosial, mahupun kehidupan seharian. Khabar kedengaran bahawa tren solekan terbaru mementingkan beberapa elemen iaitu – solekan keseluruhan yang minimalis, kulit yang lembap, dan disertakan dengan elemen kejutan sebagai satu pusat tarikan pada wajah
Pengarang kecantikan EH! Julia Azman berkesempatan untuk bersama dengan pengasas Anastasia Beverly Hills, Anastasia Soare secara virtual masterclass. Apa yang menarik dalam sesi selama satu jam itu, dia sempat berkongsi rahsia dan tip cara solekan yang menjadi ikutan sewaktu ketika dulu. Kini, dia hadir dengan ilham solekan melalui koleksi utama yang diperbaharui formulanya untuk musim bunga 2021.
EH! merungkai beberapa produk terbaru daripada jenama Anastasia Beverly Hills, sebagai rahsia menyerikan lagi penampilan lebih segar musim bunga ini. Anastasia Beverly Hills menampilkan inovasi terbaru buat wajah, kening, dan bibir. Pada musim bunga ini, indah kalanya solekan di fokus kepada wajah yang lebih segar dan neutral, dengan sinar keemasan lembut. Untuk alis atau kening pula, lebih fokus kepada kemasan dengan bulu disikat rapi, terangkat dan tahan lebih lama. Juga untuk penjagaan bibir dengan lapisan tanpa warna, memberi kilauan seperti kaca yang cantik. Ketahui lebih lanjut tentang produk-produk terbaru berikut!