Sinaran Bibir Mungil
Penggunaan pengilat bibir atau lip gloss bukan lagi item yang asing di meja solek. Dua jenis lip gloss yang berbeza dengan kemasan dan aroma yang berbeza. “Crystal Lip Gloss” mengandungi formula inovatif yang meninggalkan kesan selesa, tanpa melekit di setiap olesan. Ia dibungkus sempurna dengan kilauan tanpa warna, meninggalkan aroma pic segar pada bibir. Manakala, “Diamond Lip Gloss” dalam “Honey Diamond” pula dilengkapi dengan kilauan emas ultra-reflektif dan meninggalkan aroma vanila. Sama ada untuk pemakaian begitu sahaja atau lapisan atas gincu, item ini wajib dimiliki dalam bag tangan anda.
Hanya Brow Freeze dan Highlighter Iced Out dijual di Sephora.my manakala Diamond Lip Gloss dan Crystal Lip Gloss boleh didapati di laman rasmi Anastasia Beverly Hills.
Artikel berkaitan Get The Look: Inspirasi Solekan Yuna Oleh Shiyo Joo