“Girl, don’t gatekeep”, Parisa Ardina Dadashpour kongsi tip dan senarai produk solekan untuk daily look yang nampak fresh dan natural. Ringkas, mudah dan sesuai untuk dipraktikkan, ini antara rahsia solekan gadis campuran Melayu dan Azerbaijan-Iran yang ramai boleh cuba.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Parisa Ardina membina pengaruh dengan pendekatan yang jujur, semula jadi, dan tidak berlebihan melalui tip solekan atau ‘Makeup Tutorial’, disertai suntingan suara Sam Lim di belakang tabir.

19 tip dan produk, jom dapatkan solekan seperti Parisa Ardina:

1. d’Alba White Truffle First Spray Serum (86.00)
Spray pada wajah untuk lembapan segera dan efek glowing sebelum solekan.

2. Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spray (100ml) (RM448.00)
Spray selepas skincare atau sebelum foundation untuk base yang smooth & flawless.

3. Embryolisse- Lait Creme Concentre 75ml (RM110.00)
Pelembap multi-fungsi, bagus sebagai primer semula jadi untuk menjadikan kulit licin dan foundation lebih mudah blend.

4. Rosetyara Orange Corrector (RM29.99)
Sapukan di bawah mata untuk neutralize lingkaran hitam.

5. Luna Long Lasting Tip Concealer Cover-Fit 7.5G 01 Light Beige (RM79.00)
Tutup cela & highlight kawasan T-zone atau bawah mata.

6. Skintific Perfect Stay Velvet Matte Cushion 02 Ivory 11g (RM79.00)
Gunakan sponge atau brush lembut untuk hasil ringan tetapi coverage sekata.

7. Timephoria Eclipse Spark 2 in 1 Face Contour #Lunar (RM64.00)
Untuk tampak lebih bold dan face shape, gunakan #Solar untuk hangatkan wajah, calit di bawah #Solar.

8. Timephoria Eclipse Spark 2 in 1 Face Contour #Solar (RM64.00)
Gunakan #Lunar untuk contour bahagian bawah tulang pipi.

9. Maaez Cream Blush Pink Lava 5G (RM34.90)
Sapuan menggunakan jari atau berus lembut di pipi untuk hasil natural, boleh juga dab sedikit pada bibir untuk kesan monokrom.

10. Sea Makeup Stayput Prime & Set Continuous Setting Spray 100ml (RM36.00)
Spray selepas solekan untuk tahan lama, elak wajah kelihatan cakey.

11. Somethinc Hooman Under Control HD Blur Loose Powder – Translucent (RM89.30)
Setkan di T-zone atau bawah mata untuk hasil matte tampak natural.

12. Benefit Cheek Stars Reunion Face Palette
Gunakan palet bronzer.

13. Sobella Face Pallete – PANTHER (RM90)
Palette serbaguna, boleh digunakan sebagai blush atau eyeshadow.

14. PINKFLASH Eyebrow Pencil PF-E02 Long Lasting Eyebrow Waterproof Durable Soft (RM5.00)
Untuk kening semula jadi; juga boleh guna sebagai eyeliner ringan.

15. False Lashes – Code 3d43
Beli dari pusat beli belah Sungei Wang, Tingkat 3. Bulu mata untuk drama soft glam tanpa nampak heavy.

16. Moxy Mascara
Mascara untuk lentikkan bulu mata.
17. Sheglam Frost Highlighter
Fokus pada tulang pipi, hidung dan cupid’s bow untuk glow natural.

18. Lip Serum
Melembapkan sebelum sapuan gincu / lip cream.

19. Timephoria Nebula Velvet Lip Cream 004 Leo (RM52.00)
Sapuan solekan terakhir, lembut untuk hasil bibir dan tahan lama.
Baca: Get Ready With: Eyka Farhana Kongsi Rutin Skincare Di Tiktok
