Celebrity hairstylist terkenal, Yusof Ruzaimi berkongsi satu trik dandanan yang akan menyelamatkan gaya dandanan anda Raya ini.

Foto: Getty Images
Boleh cadangkan stail dandanan yang mudah dibuat sendiri?
Ada satu langkah yang akan beri beberapa option stail. Selepas rambut dicuci, keringkan dengan tuala. Kemudian buat satu pintalan rambut (twist) dan sepit dengan pin rambut. Sementara menunggu kering bolehlah siapkan solekan.
Selepas solekan siap, keringkan rambut dengan hairdryer, tapi jangan buka pintalan atau twist rambut, biarkan sahaja. Gunakan angin atau udara panas terlebih dahulu, selepas rambut dah kering baru semburkan dengan udara sejuk untuk lock bentuk rambut. Kemudian buka pintalan rambut dan anda boleh gayakan rambut dengan menggunakan hairspray.
Dari trik ini anda akan dapat rambut yang berombak dalam gaya semula jadi. Dari gaya ini anda boleh cipta pelbagai gaya seperti lepaskan saja untuk gaya rambut yang berombak dan volum. Atau anda boleh buat gaya half updo. Dan anda juga boleh buat gaya ponytail dengan gaya rambut berombak.
Kalau anda seorang yang edgy, mungkin boleh biarkan rambut lurus sahaja, dan jika mahu gaya yang selesa, ikat ponytail.
Apa lagi idea untuk level up dandanan rambut di Hari Raya?
Jika anda berani, boleh pelbagaikan penggunaan aksesori rambut. Nak pakai sepit bertatah batu ke, atau reben ke. Ada bermacam-macam jenis dan stail aksesori rambut.
Gaya rambut kesukaan peribadi Yusof untuk Hari Raya?
Ponytail untuk gaya pagi hari, sanggul atau simple updo gaya di tengahari dan rambut lepas di waktu malam.
Apa salah faham lazim tentang dandanan rambut?
Orang selalu cakap rambut yang tak dicuci dua tiga hari akan lebih didandan dan dandanan tahan lebih lama. Itu tanggapan yang salah kerana bila rambut berminyak, lagi susah nak dibentuk. Rambut yang dicuci bersih adalah yang terbaik cuma mungkin anda boleh skip perapi rambut (conditioner) jika mahu lebih mudah didandan.

Foto: Getty Images
Jika saya ada sejumlah wang dan saya ingin splurge membeli satu hair tool, mana yang patut saya beli dulu, hairdryer atau hair straightener memandangkan kedua-dua ini antara asas penting?
Saya cadangkan anda beli beberapa hair tools, usah bazirkan dengan membeli yang mahal. Ada banyak yang harga berpatutan dan datang dengan kualiti.
Boleh kongsikan pendapat tentang dandan rambut generasi hari ini?
Bagi saya generasi hari ini adalah generasi yang berani berekspresi. Mereka tidak mengikut trend tapi lebih kepada gaya individualistik.


