Wajah putih mulus menjadikan Neelofa salah seorang selebriti wanita yang disayangi ramai. Renungan matanya bisa mencairkan hati sesiapa yang memandang. Bibirnya pula petah berbicara apa sahaja. Bekerja dalam bidang seni tidak lari daripada rutin solekan dan haruslah sentiasa tampil menawan. Menjadi jurucakap untuk pelbagai produk kecantikan seperti Avon dan makanan kesihatan Bella Vita memberi gambaran bahawa dia menjaga kecantikan secara luaran dan dalaman. Kalau anda nak tahu, berikut adalah pengamalan kecantikan bagi Neelofa:
- Gadis ini gemar minum air masak. Menurut Lofa, ia membantu melembapkan kulit akibat jadual seharian dan juga baik untuk menyah toksin dalam badan.
- Dia takut jika wajah menjadi gelap, kerana itu dia sering membuat rawatan lulur badan dan mengambil Vitamin C sebagai makanan tambahan untuk kesihatan kulit.
- Menggunakan pencuci muka sebagai pembersih solekan dan juga pencuci muka harian.