Ton Kulit Neutral
Warna dasar kulit ini tidak asing lagi dengan kita yang tinggal di Asia. Pemilik warna dasar kulit ini, adalah mereka yang pembuluh darahnya tidak terlalu berwarna biru mahupun hijau. Kebiasaannya, pemilik warna dasar kulit neutral memiliki warna kulit yang terlihat agak kuning hingga sawo matang.
Bagi yang berkulit kekuningan, gincu berwarna seperti merah jambu tua dan merah jambu-pic adalah pilihan warna yang tepat untuk memperoleh penampilan yang natural. Untuk penampilan yang lebih ringkas, anda boleh tata rias bibir anda dengan warna yang lembut, seperti soft-peach hingga pic gelap. Pemilihan warna merah menyala atau oren terang pula, akan memperlihatkan lagi sisi memukau dan berani si pemakai.
Jika anda berkulit sawo matang pula, memilih gincu berwarna merah tetapi ke arah yang lebih gelap adalah pilihan yang terbaik. Warna-warna yang anda boleh cuba adalah seperti, warna beri merah dan warna coklat merah. Bagi anda yang memiliki warna kulit ini, cuba untuk hindari daripada menggayakan bibir anda dengan gincu berwarna oren ataupun merah jambu. Warna tersebut akan membuatkan solekan anda kelihatan agak membosankan dan tidak segar.
Artikel Berkaitan: Tip Solekan Profesional