Mewarnakan rambut dapat menyerlahkan lagi penampilan selain menutup uban. Mewarnakan rambut mengikut kesesuaian warna kulit juga memberikan variasi terhadap penampilan diri selain menambah keyakinan.
Ikuti tips dari EH! bagi yang gemar mewarnakan rambut.
*Kit mewarna rambut yang boleh dilakukan di rumah amat sesuai bagi mereka yang sibuk dan mahu menjimatkan kos di salun.
*Elakkan daripada memilih warna yang lebih daripada dua ton daripada warna asal rambut.
*Elakkan mewarna rambut berinai kerana ia tidak bercampur dengan baik bersama bahan kimia.
*Elakkan daripada berenang di kolam renang atau laut selepas mewarnakan rambut kerana air laut dan klorin tidak bertindak balas secara baik dengan rambut yang diwarnakan.
*Jangan lupa gunakan syampu khas bagi rambut berwarna bagi menyerlahkan dan mengekalkan warna rambut.