MAGISNYA SENTUHAN DUO IONIC PERM
Ubah gaya dan personaliti dengan sekelip mata! Salon kecantikan pilihan selebriti The Hair TRIC & Lashility hadir dengan konsep tersendiri yakni Duo Ionic Perm.
Rambut yang sihat dan cantik adalah mahkota wanita! Penulis kanan fesyen, Julia Azman hadirkan diri untuk mencuba keunikan Duo Ionic Perm dan juga YUMI Lash Fit malah sempat menemubual bersama pendandan dan juga pemilik The Hair TRIC & Lashility , Tim. Berkongsi rahsia bagaimana untuk mencipta satu look yang fresh dan trendy!
- Apakah maksud Duo Ionic Perm?
Duo Ionic Perm adalah gabungan dua teknologi terkini iaitu Root Perm dan Wave Perm. Jika anda mengalami masalah rambut nipis atau jarang, Duo Ionic Perm ini mampu memberikan gaya yang baru!
- Apakah membezakan Root Perm dan Wave Perm?
Root Perm lebih fokus kepada mencipta volume melalui akar umbi rambut dan akan membuatkan rambut lebih kembang dan tebal manakala untuk Wave Perm pula akan menampakkan rambut lebih kerinting berombak dan mencipta gaya yang dramatik.
- Berapa lama ianya akan bertahan?
Ianya terpulang kepada individu bagaimana dia mengekalkan struktur gaya rambut ini. Paling lama ia bertahan 6 bulan. Tetapi harus ingat anda kena ada sokongan produk pengayaan rambut, kerana ia membantu untuk mengekalkan rambut kerinting.
- Adakah YUMI Lash Fit sesuai untuk wanita beragama islam?
Sangat sesuai. Kerana YUMI Lash Fit ini hanya menggunakan bulu mata anda yang asli dan kami hanya melentikkan menggunakan beberapa teknik. Dan ianya boleh dibasuh dan bertahan selama 2 hingga 3 bulan. Untuk efek lebih lebat anda boleh calitkan bersama maskara tanpa was-was.
5. Apakah tips berkesan untuk penjagaan rambut sihat?
Selain penggunaan produk penjagaan rambut yang bagus, kita juga boleh mengamalkan pengambilan diet yang seimbang. Minum banyak air putih atau kosong dan tidak ketinggalan juga melakukan senaman untuk mengimbangi kesihatan tubuh badan. Itu adalah secara general, jika di spesikasikan penjagaan rambut adalah mengikut kondisi rambut anda. Seperti contoh, jika rambut anda mengalami masalah rambut rapuh , jangan lupa guna syampu yang bersesuaian dan perapi rambut, elakkan menggunakan alat pengering rambut dan dapatkan nasihat pendandan rambut profesional untuk lanjutan info.
- Di manakah salon kecantikan The Hair TRIC & Lashility berada?
Kami mempunyai dua outlet iaitu di Bangsar dan pusat beli-belah Mytown, Cheras. Dibuka setiap hari, pada jam 10 pagi hingga 9.30 malam kecuali di Bangar waktu operasi bermula jam 10.30 pagi hingga 7.30 malam.