Masalah : Kulit kering
Soalan 1
“Saya seringkali ke Eropah atas urusan kerja, namun masalah kulit yang terlalu kering dan tegang sering akibat musim sejuk membelenggu tiap kali kembara ke sana, memiliki kulit yang sedikit sensitive juga menjadikan saya sukar untuk menemui pelembap kulit yang ideal” – Nadira Sulaiman, 27, Kuala Lumpur.
Jawapan :
Iklim di luar negara kadangkala mengakibatkan kulit bertambah kering dari biasa. Cuba gunakan produk yang berasaskan minyak seperti Bio-Oil, sapukan pada bahagian kering di bahagian muka atau tubuh, dengan bahan unggul PurCellin Oil™ serta vitamin A dan E, ia bakal memberi kelembapan yang berpanjangan. Ia juga merupakan produk hipoalergenik menjadikan ia mesra buat kulit sensitif.