Haruman adalah bahasa rahsia yang berbicara tanpa kata.
Haruman minyak wangi yang tepat boleh mengubah mood, menaikkan keyakinan, dan meninggalkan memori yang sukar dilupakan.
Tahun 2025 ini, dunia minyak wangi dibanjiri dengan pelancaran baharu yang memikat, daripada aroma segar yang ringan hingga haruman mewah yang memanjakan deria.
Senarai top 5 minyak wangi baharu ini menggabungkan bau mewah, harga berbaloi dan ketahanan haruman sepanjang hari.
1. Hermès Barénia Eau de Parfum Intense
Barènia memancarkan aura elegan klasik. Nota kulit kayunya yang hangat membalut deria, membawa rasa mewah yang sofistikated.
Sesuai untuk mereka yang mahukan haruman berkarakter, tahan lama dan meninggalkan kesan yang sukar dilupakan. Satu semburan sudah cukup untuk menemani hari panjang atau malam istimewa!
2. Sol de Janeiro Sundays In Rio Perfume Mist
Segar, ceria dan tropika! Seperti satu perjalanan ke pantai Brazil. Aroma manis dengan sentuhan vanilla hangat, pink pepper dan amber musk menyuntik mood santai dan tetap memikat deria. Perfume mist ini ringan tetapi memikat, sesuai untuk hari-hari santai atau aktiviti luar.
3. Victoria’s Secret all-new Bare Sueded Vanilla Eau de Parfum
Vanilla lembut bertemu tekstur sutera mencipta haruman yang sensual tetapi subtle. Bare Sueded Vanilla adalah pilihan wanita moden yang mahukan keanggunan feminin tanpa terlalu heavy.
Ia memberi kesan hangat yang menenangkan, sempurna untuk malam romantis atau suasana santai tapi classy.
4. Rare Beauty Rare Eau De Parfum
Rare Eau De Parfum menggabungkan nota floral dan fruity yang harmonis. Bauannya seimbang dan segar, menjadikannya ideal untuk dipakai harian atau acara eksklusif.
Haruman ini meninggalkan jejak elegan, namun tetap approachable.
5. Kayali Maui In A Bottle Sweet Banana
Pisang & minyak wangi? Our favourite! Tropika, manis, dan playful, Maui In A Bottle membawa keseronokan dalam setiap semburan.
Aroma pisang dan kelapa berpadu dengan nota eksotik lain, memberikan mood ceria dan santai. Haruman ini menyerlahkan sisi fun tetapi tetap sophisticated, sesuai untuk hari santai atau event kasual yang bergaya.
Baca: Celebrity-Approved! Ini Produk Kecantikan Wajib Ada Dalam Tas Tangan Selebriti di KLFW 2025