Ketika ini sedang hangat high summer holiday, jadi bau haruman berunsurkan buah-buahan sedang hangat jadi pilihan. Tak perlu susah-susah, EH! senaraikan enam untuk anda pertimbangkan sebagai teman sepanjang musim hangat ini.
Marc Jacobs Daisy Ever So Fresh Eau de Parfum
Marc Jacobs Daisy bauan yang chic, digemari muda-mudi. Ia bukan saja muda pada baunya malah pada botolnya. Marc Jacobs Daisy Ever So Fresh Eau de Parfum menyerlahkan aroma tropika dengan campuran bau manis nenas, mangga dan juga oren Mandarin. Tiga bahan ini dari namanya kita dah terbayangkan warna kuning ranum yang membuat kecur liur. Menyeimbangkan bau manis-manis ini, Marc Jacobs diselangi dengan aroma woody cashmere. Klik SINI!
Kayali Eden Sparkling Lychee
Laici bagi saya punya tarikan bau yang menyegarkan, sebagaimana rasa segar bila minum air laici, samalah juga perasaannya bila terbau aromanya. Kayali memang terkenal dengan bau yang manis-manis dan penuh dengan jiwa kewanitaan. Samalah dengan Eden Sparkling Lychee ini yang bukan sahaja mengetengahkan laici sebagai ramuan utama, malah mereka mencampurkannya dengan anggur hitam, kuntuman bunga mawar serta percikan bau vanila. Sesetengah orang mungkin menganggap haruman ini terlalu manis, tapi jika anda penggemar haruman yang ‘sweet’, inilah pemenangnya. Terdapat di SEPHORA.
Dior Dioriviera Eau de Parfum
Bau Dioriviera Eau de Parfum memang unik, memang tak mudah untuk meneka apa bahan yang terkandung. Baunya seakan kuat dengan aroma bunga-bungaan, tapi masih ada elemen bauan lain. Pakar haruman mengatakan baunya unik dan tersendiri kerana dicampurkan dengan buah tin atau fig. Baunya feminin namun masih sesuai disembur oleh lelaki kerana ia tak terlalu manis. Menariknya, bau Dioriviera lain orang lain sikit baunya. Klik pautan DIOR untuk meneroka haruman ini.
Chanel Chance Eau Splendide
Menerusi Chance yang baru ini, perekanya Olivier Polge mahukan sesuatu yang segar berserta dengan sesuatu yang inovatif. Menurut Olivier, dia membayangkan rasberi secara khususnya dan ternyata Chance Eau Splendide menyerlah dengan bau ini sekaligus menjadi Chance yang paling kuat nota buahnya. Pastinya bau buahan, dan ini juga antara pembaharuan yang dibawa menerusi Chance Eau Splendide kerana inilah kali pertama kami menonjolkan bau buah dalam haruman Chanel. Dapatkan di SINI!
Jo Malone London Beach Blossom Cologne
Jika ikutkan namanya mungkin kita fikir bau London Beach Blossom Cologne ini hanya mengumpul aroma bunga-bungaan semata. Tapi sebenarnya haruman ini sebenarnya turut disegarkan dengan bau limau dan buah kelapa, lantas menjadikan aroma ini tak ubah seperti koktel yang menyegarkan. Klik pautan INI untuk belian dalam talian.
Tom Ford Lost Cherry Eau de Parfum
Dalam banyak minyak wangi yang mengetengahkan bau buah-buahan inilah digemari ramai. Dari namanya saja memang sudah terbayang bagaimana baunya. Tom Ford mengubah pandangan kita tentang ceri, baunya kini dianggap hangat dan seksi. Tom Ford Lost Cherry Eau de Parfum menonjolkan aroma ceri hitam bersama-sama ros, badam dan balsam. Boleh dapatkan di SEPHORA.
BACA: 9 Sebab Mengapa Pameran Christian Dior Designer of Dreams di Seoul Paling Menarik Setakat Ini