Bennifer 2.0 kembali hangat! Transformasi cantik Jennifer Lopez terus menjadi legasi dan idola seluruh dunia.
Biarpun berumur 51 tahun tidak menghalang penyanyi American Latin untuk kekal cantik dan sihat. Dia tidak pernah sesekali gagal dalam tampak sempurna. Dari penjagaan kulit hinggalah rambut semuanya on point! Jika terlantas sahaja ilham bronzed atau glowy pastinya wajah Jennifer Lopez terpampang. Saban tahun sejak di awal kemunculannya lagi, wajahnya sering berubah kerana dia amat gemar akan bereksperimentasi dari rambut hingga ke ilham mekap.
Artikel berkaitan Jennifer Lopez Berbogel Untuk Lagu Baru dan Bakal Lancar Skincare Sendiri
Transformasi dari potongan rambut pendek seperti short- bob, rambut beralun ultra-long, pilihan rona gincu berona terang seperti jingga, zaman lukis kening halus dan bulu mata tebal semuanya sudah dilaluinya.
EH! Mendekati trend transformasi cantik Jennifer Lopez paling terbaik:
1994 :
Pilihan gaya rambut kerinting natural dan juga bersama gincu berona merah pusam gelap .