Sentuhan Rona Pastel
Sapuan rona pastel pada kelopak mata sangat cantik dengan warna musim ini. Sama ada mencalit sapuan mata di sudut dalam atau luar mata, ia dapat menegaskan dan membuat look menjadi menarik. Ia hanya memerlukan kemahiran minimum, dan sesuai digayakan pada waktu siang atau malam. Warna ungu nampaknya paling popular di peragaan, tetapi warna biru atau hijau juga semakin popular dan sangat rugi jika tidak dicuba!