Sepanjang tahun 2020, berlegar-legar ilham atau idea rias kuku yang menjadi ikutan terutama saat menjalani ‘self-quarantine’. Sebelum penutup 2020, EH! rangkumkan trend kuku terbaik mesti anda cuba.
Jururias kuku terkenal seperti Tom Bachik, Betina Goldstein dan Thuy Nguyen antara manicurist pilihan selebriti terkenal sehinggakan ia mencetus trend yang menjadi ikutan ramai. Dari ilham kuku panjang bergelas serba unik hinggalah gaya minimalis, semuanya menjadi gilaan peminat yang obses seni rias kuku. EH! bariskan lima trend terbaik sebelum penutup 2020.
Thin French Manicure
Trend French Tip ini mula diperkenalkan sekitar tahun 70-an. Namun, pada era 2000, selebriti seperti Paris Hilton, Jennifer Lopez sering kali hadir dengan ilham ini dan menjadi fenomena ketika itu. Kini, Ilham ‘French Tip’ terus menjadi pilihan namun tahun ini riasannya lebih chic dan moden.
Seputih Salju
Jika warna putih sering menjadi pilihan ratu sehari, kini ia sering dirias secara kasual malah digunakan sebagai pelengkap gaya ringkas.
Pastel Gradient
Rona pastel sering membangkitkan mood walaupun hanya bergaya ringkas. Malah, warna ini sentiasa dijadikan pilihan.
Kuku Akrilik
Trend Long Nails antara paling digemari 2020. Celebriti yang sering muncul dengan trend ini seperti Cardi B, Kylie Jenner, Jennifer Lopez hebat bergaya dengan kuku panjangnya.
Ilham Geometrik
Jika harian anda membosankan. Ilham kuku bercorak geometrik mungkin dapat membangkitkan mood anda.
Artikel berkaitan: Ini Cara Cantikkan Kuku Cara ‘Halal’ Dan Mesra Wudhu