Kuku ‘Glazed Donut’
Gaya berkilauan sama seperti glazed donut telah menjadi viral hampir di setiap platform media sosial kerana kesederhanaan dan keanggunannya. Tidak mengejutkan, kuku itu menjadi pilihan Hailey Bieber, yang mana dia menggayakan stail ini saat melangkah ke Met Gala pada bulan Mei lalu, sekaligus mempopularkan kuku glazed donut dengan pelancaran barisan penjagaan kulitnya, Rhode Skin. Jika anda menggemari rias kuku sederhana yang masih mengikut trend dan bergaya, anda tidak boleh salah dengan pilihan ini.