Tahun ini jika kita perhatikan trend kecantikan semakin condong ke arah gaya yang lebih natural dan effortless dan salah satu yang paling mencuri perhatian saya adalah gaya rambut Cloud Curls yang sedang viral di Internet dan ramai Gen Z mula sukakannya.
Pada awalnya saya anggap ia trend rambut biasa. Tetapi segalanya berubah sejak saya terlihat Zendaya berjalan di karpet merah awal tahun ini dengan rambut kerinting lembut yang melambai anggun di bahunya. Cloud Curls, nama gaya itu dan tidak lama selepas itu, muncul pula Sabrina Carpenter di satu sesi konsert dengan gaya curly fluffy yang nampak effortless, disusuli dengan penampilan edgy Miley Cyrus dalam gaya ‘rock chick’ moden tetapi masih mengekalkan elemen feminin melalui gaya rambut tersebut.
Apa yang saya perhatikan, Cloud curls adalah trend yang sedang hangat di media sosial, malah menjadi pilihan selebriti dan pencinta fesyen global. Daripada penampilan santai ke acara glamor, gaya ini menawarkan keseimbangan antara keanggunan dan gaya bebas. Ia bukan gaya kerinting yang biasa kita lihat, tetapi lebih tekstur, volume dan berkarakter.
Apa itu Cloud curls?
Cloud Curls adalah gaya kerinting ringan yang lembut berbeza dengan curl biasa ia nampak lebih natural dan tampak seolah-olah terapung di udara. Ia tidak kemas, tetapi bukan bererti selekeh, dan itulah daya tariknya. Gaya ini meraikan tekstur asli rambut dan menjadikan setiap helaian tampak lebih hidup dan volume
Kenapa Saya Suka Gaya Cloud Curls?
Apa yang saya suka tentang Cloud Curls adalah ia membenarkan kita kelihatan cantik tanpa kelihatan terlalu mencuba atau try hard dalam bergaya. Sama ada untuk pergi brunch, wedding, atau hanya duduk di kafe sahaja, gaya rambut ini tetap akan ‘buat kerja’. Ada hari dimana kita merasa ingin tampil feminin dan manis, ada hari kita nak rasa rebel dan bold dan gaya ini boleh jadi kedua-duanya, bergantung pada bagaimana kita ingin gayakan. Saya mulanya fikir untuk dapatkan rambut keriting yang cantik seperti Zendaya perlukan stylist khas, tetapi rupanya dengan diffuser dan curl cream yang betul kita juga boleh lakukannya sendiri di rumah.
Cara Dapatkan Cloud Curls:
Rambut kerinting atau wavy
Jika anda memiliki potongan rambut jenis kerinting atau wavy anda boleh gunakan syampu dan perapi pelembap untuk elak rambut kering. Sapukan mousse atau krim kerinting pada rambut yang masih lembap. Keringkan menggunakan diffuser dengan teknik scrunch. Akhiri dengan serum anti-frizz untuk kesan lembut dan kemas.
Rambut Lurus
Untuk anda yang memiliki rambut lurus pula, gunakan alat pengeriting bersaiz besar untuk mencipta gelombang longgar. Biarkan rambut kering, kemudian leraikan kerinting dengan jari untuk tekstur natural. Gunakan semburan penambah tekstur atau dry shampoo untuk volume yang lebih ekstra.
Produk Rekomendasi EH!:
Kérastase Curl Manifesto
Kalau anda impikan cloud curls yang lembut, terletak cantik dan kekal sepanjang hari, krim leave-in ini wajib ada dalam rutin. Diformulasi khas untuk rambut kerinting, Kérastase Curl Manifesto melembapkan secara intensif tanpa membuat rambut terasa berat. Ia membantu membentuk keriting yang lebih terdefinisi, ringan dan bouncy’ setiap kali anda bergerak. Sesuai disapu sebelum proses pengeringan untuk hasil yang terkawal tapi tetap natural.
Dyson Supersonic Nural
Dyson Supersonic Nural bukan sekadar pengering rambut biasa, ia direka untuk melindungi kelembapan semula jadi. Dan untuk hasil yang lebih pro, pengering rambut ini bukan sekadar mengeringkan tetapi membantu mencipta keriting yang lebih terarah tanpa frizz. Diffuser khas pula membantu mengangkat akar rambut dan memberi efek terapung seperti awan.
Ouai Air Dry Foam
Buat anda yang tidak suka menggunakan alat haba, Ouai Air Dry Foam ibarat penyelamat untuk hari-hari malas anda. Teksturnya yang ringan berbuih, mudah diratakan dan mampu membentuk gelombang semula jadi yang tampak effortless tetap terurus dengan efek messy curls yang rapi dan penuh karakter. Sesuai untuk anda yang sukakan gaya cool girl yang tidak perlu terlalu banyak usaha tapi tetap nampak chic!
Artikel Berkaitan: Tip Penjagaan Rambut Selepas Bleaching