Rambut pendek kembali jadi trend! Beberapa selebriti tampil berani dengan gaya baru yang mencuri perhatian ramai. Siapa mereka? Jom kita lihat!
Daripada potongan bob klasik yang elegan hinggalah gaya pixie yang edgy dan moden, rambut pendek kini bukan lagi sekadar simbol praktikaliti—ia adalah pernyataan gaya yang bold dan penuh karakter. Ramai selebriti tampil dengan transformasi yang mengejutkan namun memukau, membuktikan bahawa potongan pendek mampu menyerlahkan keanggunan, keyakinan dan personaliti mereka.
Sama ada di karpet merah, media sosial atau kempen fesyen, gaya ini jelas mencuri perhatian. Mari kita lihat siapakah selebriti yang tampil berani dan berjaya menjadi inspirasi ramai dengan penampilan rambut pendek mereka!
FKA Twigs

FKA Twigs tampil dengan keberanian luar biasa melalui potongan rambut pendek yang memadukan elemen elegan dan edgy. Bagi yang mengenalinya, gaya rambutnya terdahulu jauh lebih eksentrik, dengan separuh bahagian depan kepala yang dicukur botak, sementara bahagian belakangnya dibiarkan panjang, mencipta kontras yang menakjubkan.
Emma Chamberlain

Gaya rambut Emma ialah pixie cut dengan potongan berlapis yang memberikan kesan bertekstur dan penuh volume. Rambut di bahagian depan disisir ke hadapan membentuk bangs, manakala bahagian belakang dibiarkan lebih pendek. Hasilnya adalah penampilan yang moden dan berani.
Julia Fox

Julia Fox telah memukau ramai dengan transformasi rambut pendeknya yang berani dan unik. Menariknya, dia sendiri memotong rambut panjangnya menggunakan gunting dapur, mencipta gaya bob lurus.
Waluapun dia mengakui menyesal selepas itu, ramai peminat memuji penampilan barunya yang segar dan berani.
Angèle

Angèle memilih potongan bob mikro berwarna platinum yang menonjolkan ciri-ciri wajahnya dengan gaya yang edgy dan moden.
Gaya rambut bob mikro Angèle telah menjadi inspirasi kepada ramai, termasuk penulis Vogue yang menyatakan bahawa potongan bob beliau telah mempengaruhi ramai wanita di Paris untuk mencuba gaya serupa.
Nicole Kidman

Nicole Kidman memilih gaya rambut potongan bixie, sebuah gabungan sempurna antara bob dan pixie, mencipta penampilan yang segar dan moden dengan sentuhan elegan dan berani.