Solekan sentiasa melibatkan eksperimen menciptaan semula dengan arah aliran dan permulaan baharu. Pantas menular dek media sosial, naik taraf solekan anda dengan trend bakal popular menjelang 2024.
Trend baharu meningkat dan menurun melalui proses yang dikenali sebagai kitaran solekan. Milenial terus memberi amaran kepada generasi muda untuk tidak kembalikan semula pilihan solekan telah mereka buat, seperti bibir disalut concealer yang hampir muncul semula pada tahun ini. Tetapi, beberapa trend yang digemari Milenium juga kini kembali semula, dapat dilihat di merata tempat terutama sekali di aplikasi TikTok dan Instagram. Tahun 2024 semakin hampir, EH! bariskan lima trend solekan yang bakal popular.
1. Solekan mata berona merah
Jangan takut untuk menggunakan rona merah pada mata anda kerana terdapat banyak cara untuk bermain dengan rona ini. Ia mungkin kelihatan menakutkan dan merah mempunyai reputasi untuk membuat mata anda kelihatan letih. Untuk penampilan yang segar, kekalkan rona merah hanya pada garis bulu mata atau tambahkan pada penggaris mata hitam untuk perincian yang menonjol.
2. Pembayang mata dan bibir ‘frosty‘
Awal tahun 2000-an hadir penampilan pembayang mata frosty, digayakan oleh penyanyi terkenal Christina Aguilera. Pembayang mata pastel dan calitan bibir berkilat akan muncul semula secara besar-besaran pada tahun 2024, tetapi dengan sentuhan lebih moden dan tidak terhad dengan gaya Y2K itu.
3. Solekan nipis
Disebalik ketagihan solekan tebal dikalangan segelintir wanita, solekan nipis seperti tidak memakai apa-apa pada kulit akan berleluasa pada tahun 2024. Produk skin tint menggantikan asas yang berat seperti foundation, memberi kulit anda sedikit ruang untuk bernafas. Ia tekstur yang lebih ringan tetapi masih menutupi cela-cela di atas kulit tanpa membuatkan solekan anda bercapuk.
4. Pembayang mata biru
Pembayang mata biru, tidak menunjukkan tanda-tanda untuk menghilang pada tahun 2024. Rupa pembayang mata biru bukanlah satu fenomena baharu sebaliknya ia merupakan solekan ikonik yang semakin popular selama beberapa dekad. Sama ada dijadikan pembayang mata atau penggaris mata, ia akan membuatkan anda kelihatan berani.
5. Bibir ombre berkilat
Penampilan paling ikonik dari masa ini ialah bibir ombre. Terdiri daripada lip liner gelap yang diadun ke dalam warna gincu yang lebih terang. Untuk menonjolkan lagi, tambahkan glos bagi efek yang berkilat. Seperti kebanyakan trend kecantikan, kitaran dahulu berputar kembali menjadi baharu dan aspek solekan tahun 90-an ini membuat kemunculan besar semula di media sosial.