Teks : Razin Mohd
Kalau dahulu calitan gincu pusam jadi trend dan masih menjadi kegemaran ramai, hari ini bibir dalam kemasan kaca pula yang menempah tempat di hati wanita. EH! buka rahsia di sebalik produk berkilau di bibir wanita hari ini dengan satu calitan gincu magis!
Biarpun menggunakan warna yang sama tetapi kemasannya yang berbeza dapat mengubah keseluruhan gaya dan rupa solekan. Meneraju trend solekan ala Korea hari ini, Laneige tampil dengan gincu baharu Stained Glasstick yang memberi ilusi bibir berkaca dan tahan lama. Menghasilkan calitan yang berkilau pada bibir, setiap barisan gincu yang diketengahkan juga tampil dengan haruman buah-buahan yang menarik seperti buah pic dan strawberi disamping memberi perlindungan dan kelembapan yang berpanjangan pada bibir mungil anda.
MULTI COLOR LAYER TECHNOLOGY & KESAN LEMBAPAN YANG TINGGI
Koleksi gincu baharu ini tampil dengan pilihan warna inspirasi dari batu permata, warnanya cerah dan lut sinar memberi keserian asli pada bibir. Laneige Stained Glasstick membekalkan penggayanya dengan teknologi multi lapisan yang mana ia memberi pengkhususan pada dua cara pewarnaan iaitu pigmen dan dye. Pigment menghasilkan warna dengan meyaluti bahagian kulit bibir dan dari patulan cahaya manakala dye pergi lebih jauh kedalam kulit dan menghasilkan warna dari dalam secara natural. Bahan utama melting wax yang digunakan di dalam koleksi gincu ini pula memastikan produk dapat diaplikasikan secara lembut dan memastikan calitan berkilau pada bibir kekal lebih lama.
LAYERING TEMPERATURE TREATMENT