Teks : Razin Mohd
Kalau tahun 2013 Chanel LES BEIGES tampil dengan seleksi produk solekan buat hasil natural hari ini ia tampil dengan rangkaian baharu buat hasil solekan malar segar dalam palet asli dengan peraturan tersendiri!
Tahun 2018 Chanel LES BEIGES meneroka elemen solekan baharu dengan meneraju fungsinya yang mesra buat kesemua jenis warna kulit, memberi serlahan yang sihat dan seterusnya membekalkan keserian yang berpanjangan. Setiap satu produk solekan buat rangkaian terbaru ini menyerlahkan identiti solekan malar segar dengan warna-warna natural dan glowing.
EH! meneroka lebih dalam berkenaan setiap produk yang dibariskan dalam CHANEL LES BEIGES dan rumuskan hasil olesannya pada kulit wajah anda.