1. Dear Dahlia Tampil Dengan Koleksi Foundation Vegan Baru Dalam 35 Ton Kulit
Terkenal dengan produk kosmetik mereka yang bercirikan vegan, Dear Dahlia akhirnya berjaya tampil dengan produk berasaskan vegan mereka yang terbaru iaitu The Skin Paradise Sheer Silk Foundation setalah dua tahun menjalani proses menghasilkan produk ini.
Diperkaya dengan manfaat antioksidan daripada ekstrak bunga dahlia dan minyak tumbuhan, formulasinya yang lightweight memastikan kulit terhidrat sepanjang hari.
Berbanding dengan kosmetik dari Korea yang lain yang mana lazimnya mereka hanya mengeluarkan produk pengasas dalam pilihan warna kulit yang terhad, Dear Dahlia menawarkan 35 variasi warna kulit untuk dipilih. Justeru, menepati kriteria kehendak pasaran kosmetik antarabangsa. Dari ton yang cerah hingga ke gelap, semestinya ada pilihan yang sesuai untuk anda.