2. Produk Krim Badan Terbaru: Watermelon Glow Pink Dream
Diasaskan oleh dua wanita Korean-American yang bernama Sarah Lee and Christine Chang, jenama produk penjagaan kulit ini cukup dikenali dengan beberapa produk ikonik mereka yang berasaskan buah seperti tembikai, pisang dan beri biru.
Terbaru, untuk buat pertama kalinya mereka melancarkan produk krim badan yang diberi nama Watermelon Glow Pink Dream Body Cream. Bukan sahaja mengandungi ekstrak tembikai, malah ia juga disertakan dengan asid hyaluronik untuk membantu meningkatkan kehidratan kulit kering. Menurut Sarah Lee and Christine Chang, harumannya diinspirasikan daripada zaman kanak-kanak mereka. ” Nenek akan menggosok kulit tembikai di belakang badan kami untuk menenangkan ruam panas dan kerengsaan,” kata Lee.
“Kami mahukan produk badan yang dapat menawarkan lebih daripada penghidratan yang diharapkan, dan juga dapat melicinkan kulit secara aktif dari masa ke semasa dengan pengelupasan lembut.”
– Sarah lee, cofounders di Glow Recpie @ Glamour