3. Laneige Layering Lip Bar Antara Produk K-Beauty Yang Menjadi Kegilaan Di Laman Sosial TikTok
#Kbeauty tag menjadi obsesi majoriti pengguna TikTok. Dari tip dan helah solekan serta penjagaan kulit hingga ke produk rekomendasi, #Kbeauty meraih jutaan tontonan di laman sosial berkenaan. Bercakap tentang produk rekomendasi di TikTok, Laneige Layering Lip Bar berjaya meraih perhatian buat para peminat K-Beauty di TikTok. Laneige merupakan jenama kosmetik Korea yang paling popular di kalangan bintang ternama Korea.
Laneige Layering Lip Bar memberikan efek gradient lips secara segera dengan hanya satu aplikasi sahaja di samping menjaga kelembapan bibir sepanjang hari. Gradient lips merupakan teknik solekan popular di Korea di mana warna solekan gincu difokuskan pada bahagian tengah bibir dan secara beransur-ansur pudar di hujung keliling bibir. Justeru, produk gincu daripada Laneige ini berjaya menarik perhatian para pengguna produk kecantikan dari Korea.
Boleh didapati di Sephora, Zalora, Hermo, Lazada, Shopee atau kedai Laneige berhampiran anda.