4. Estée Lauder Membeli Syarikat Induk Dr. Jart+ Sebagai Usaha Menembusi Pasaran K-Beauty
Pada November 18 tahun 2019, syarikat kosmetik Estée Lauder membuat pengumuman bahawa mereka telah membeli sebuah syarikat kosmetik di Korea Selatan iaitu Have & Be Co. Ltd yang juga merupakan syarikat induk untuk jenama produk penjagaan kulit Dr.Jart+. Estée Lauder juga memuji Dr.Jart+ kerana produk mereka yang inovatif dan konsep jenama mereka yang efektif.
Diasaskan pada tahun Disember 2004 oleh bekas pekerja firma seni bina, Lee Jin-wook, beliau merasakan potensi pasaran kosmetik dan kecantikan Korea Selatan lalu, beliau berusaha untuk mencipta beberapa produk penjagaan kulit yang diberi nama Dr.Jart+
Pada suku kedua tahun 2020, Dr.Jart+ menyumbang tujuh peratus dalam perkembangan produk penjagaan kulit Estée Lauder.