5. Slugging: Trend K-Beauty Terbaru Di TikTok!
Selain Laneige Layering Lip Bar yang meraih populariti di TikTok, Slugging juga tidak terkecuali dalam menjadi trending di laman sosial berkenaan. Dikatakan sangat sesuai untuk kulit kering, Slugging melibatkan proses pembalutan wajah anda dengan produk berasaskan petroleum, seperti Vaseline, sebelum tidur. Ini bertujuan untuk membantu mengunci kelembapan pada kulit anda dan mencegah kehilangan air transepidermal.
Namun, slugging dikatakan hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang sangat kering sahaja. Untuk mereka yang berkulit sensitif, ia berkemungkinan boleh menyebabkan kulit berjerawat.
Artikel Berkaitan: BTS, Artis Korea Pertama Muncul Dalam MTV Unplugged