Sudah tiba masa untuk ubah gaya dengan penampilan terkini. Potong rambut secara DIY kala berada di rumah.Asahlah bakat terpendam anda!
Setiap kali niat untuk memotong rambut sendiri datang menyapa minda, tentu banyak titik negatif yang tersusun dalam buah fikiran. Walaupun ia ternyata telah menjadi rutin kebiasaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama pada tahun 2020, hingga kini PKP yang kedua. Memotong rambut bukanlah sesuatu bakat atau kemahiran yang ada pada semua individu. Ada kalanya, hasil daripada ‘karya’ pemotongan sendiri tidak begitu menunjukkan hasil yang begitu wow, atau tidak seperti yang diimpikan. Walaubagaimanapun, tiada apa aktiviti yang tidak boleh dilakukan tanpa rancangan yang lebih teliti, serta sedikit latihan.
Berikutan dengan situasi sekarang, tiada salun atau pusat kecantikan yang dapat dibuka dan beroperasi untuk ramai. Tetapi, itu tidak memberhentikan anda untuk tidak kelihatan lebih cool dengan gaya dan potongan rambut baru. Oleh itu, jika anda ingin menyelesaikan masalah ini dengan tangan sendiri, rancangan lebih teliti yang dimaksudkan adalah dengan menyediakan beberapa garis panduan untuk diikuti. EH! berkongsi tiga tip mudah yang boleh dijadikan sebagai garis panduan:
- Siap sedia alatan yang diperlukan
Perkara asas yang diperlukan adalah seperti gunting yang sesuai. Elakkan gunting yang digunakan sebagai alat tulis, atau gunting dari dapur. That’s a big NO! Selain itu, anda juga memerlukan sikat agar dapat memudahkan proses menggunting, pilih sikat hujungnya punya tip yang tirus di bahagian pemegang agar senang untuk membuat bahagian rambut. Bukan itu sahaja, anda juga harus menyediakan Kebiasaannya, anda akan berhenti di situ kerana hanya gunting dan sikat yang diperlukan. Tetapi, kini anda perlu klip rambut untuk memudahkan proses memotong dijalankan.
- Hanya layari YouTube
Ramai yang tahu bahawa guru yang terbaik buat zaman ini adalah Google dan YouTube. Jadi tidak salah kiranya anda meluangkan sedikit masa untuk melayari YouTube dan menonton beberapa video bagaimana individu lain melakukan proses ini di rumah. Setiap individu mempunyai tip dan helah yang berlainan. Pembelajaran adalah sangat menyeronokkan, tetapi dalam kes ini anda perlu memberi perhatian supaya rambut tidak terpotong secara tergesa-gesa ketika dalam proses.
- Know what you want!
Yes that’s right. Anda perlu tahu apa kemahuan anda seperti berapa panjang yang anda mahukan, adakah anda memerlukan rambut hadapan, potongan rambut pendek dengan gaya yang bagaimana serta banyak lagi. Berdiri di hadapan cermin untuk periksa apa potongan dan gaya yang sesuai buat bentuk wajah anda.