Tahniah diucapkan kepada ahli kumpulan Big Bang, G-Dragon yang dipilih sebagai wajah jenama penjagaan rambut terkenal.
Setelah bertahun-tahun menjadi duta beberapa jenama, G-Dragon sekali lagi mendapat kepercayaan syarikat besar, TS Shampoo untuk menjadi wajah jenama mereka.
Dengan pemilihan ini, G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-Yong kini menyertai pemain bola sepak, Son Heung-Min dan pelakon, Lee Jang-woo sebagai duta TS Shampoo bukan sahaja di Korea malah juga di pasaran China (China, Hong Kong, Macau dan Taiwan).