Menurut kenyataan daripada syarikat TS Trillion yang merupakan pengeluar dan penjual runcit jenama tersebut, pemilihan penyanyi ini adalah berdasarkan pengiktirafan dan kehadirannya yang memberi impak besar dalam industri seni.
“Saya sangat teruja dengan pelantikan G-Dragon sebagai wajah jenama kami, yang dikenali sebagai salah seorang selebriti ternama.
“Dia berada dalam kelas mewah tersendiri dan saya rasa ia amat sepadan dengan jenama kami,” jelas Kenny Jang, Ketua Pegawai Operasi TS Trillion.
TS Shampoo merancang untuk menjalankan pelbagai aktiviti promosi menerusi pengiklanan dan saluran SNS di masa akan datang.