Malah, nama dan populariti dpenyanyi ini akan digunakan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jenama tersebut dan membantu menaikkan jualan.
“Kami berharap anda akan menyokong pelbagai aktiviti yang telah dirancang untuk G-Dragon dan TS Shampoo tidak lama agi, dan bersama-sama kita akan menjadikan produk ini sebagai syampu terbaik,” tambahnya.
Ini bukanlah kali pertama G-Dragon dipilih menjadi duta. Sepanjang penglibatannya dalam industri seni, dia pernah menjadi duta dan bekerjasama dengan pelbagai jenama terkenal antaranya Kappa, Hyundai, Nike dan Chanel.
Foto: Kpop.asiachan
Baca: Dalam Diam Jennie Blackpink Dan G-Dragon Sedang Hangat Bercinta?