Hakikatnya ramai wanita hari ini mengidamkan bentuk kening yang sentiasa on fleek seperti artis-artis kegemaran mereka. Jom ikuti langkah ini untuk realisasinya!
Kening adalah ibarat arca atau pintu gerbang yang membentuk rupa paras wanita. Kehalusan bentuknya harus seimbang dengan bentuk wajah kamu. Memiliki kening sempurna pastinya membuat mata memandang pasti tergoda.
Semua wajah kelihatan cantik dengan kening berbentuk klasik iaitu tebal pada permulaan dan runcing di bahagian hujung. Si wajah bulat cantik dengan kening lebih tinggi agar menambah ilusi wajah lebih kecil.
Wajah berbentuk hati perlu memiliki kening lebih semula jadi. Si wajah panjang pula perlu kening lurus dan kamu berwajah empat segi perlu hujung kening yang runcing. Bagaimana kamu mahu mengurus keningmu setiap waktu terutama saat bentuknya mula berubah?