Bintang media sosial, Ameera Khan atau dikenali sebagai Little Miss Khan berkongsi idea solekan ke parti menggunakan himpunan terkini Urban Decay.
Pejam celik, pejam celik sudah tiba penghujung tahun 2017. Dan seperti biasa bila menjelang tahun baru pasti banyak acara keraian istimewa, baik koktel mahupun parti. Dan bagaikan sudah menjadi resam, pelbagai jenama kecantikan akan melancarkan himpunan musim percutian termasuklah Urban Decay.
Tahun ini Urban Decay mahu meraikan musim percutian dengan himpunan yang tampil glamour dengan gemerlap metalik pabila mereka memperkenalkan Heavy Metals Metallic Eyeshadow Palette. Palet ini dikira berbaloi kerana ia hadir dengan 20 warna pelbagai ton dalam tekstur metalik. Biarpun hadir dalam kemasan metalik namun pilihan warna palet ini bersifat versatile, boleh dipakai pada waktu siang juga malam, ke variasi acara baik santai, formal mahupun majlis serba glamor seperti parti di malam hari. Palet ini dijual pada harga RM265.
Pelengkap Solekan Glamor
Sebegai penyempurna solekan glamor ke parti, Urban Decay sajikan anda dengan Heavy Metal Glitter Eyeliner yang hadir dalam variasi ton untuk anda sesuaikan dengan gaya solekan yang ingin anda tonjolkan. Boleh dijadikan sebagai penggaris mata, atau sekadar dicalit pada sudut dalam mata untuk mencipta efek solekan mata yang lebih berdimensi. ANda bebas berimaginasi dan bermain dengan Heavy Metal Glitter Eyeliner ini. Tidak cantik semata ia juga punya manfaat kerana ia tidak mengeringkan kulit sekitar mata kerana ia mengandungi ekstrak timun dan pic. RM90.
Langkah Solekan Parti Ameera Khan
Istimewa sepmpena pelancaran pembayang mata edisi terhad ini, EH! berkolaborasi bersama Urban Decay menghasilkan video solekan bersama penghias muka depan EH! edisi September, Ameera Khan. Adik kepada Bintang Paling Popular 2015 ini berkongsi dua gaya solekan ke parti.
Gaya 1
1. Mulakan solekan dengan sapuan EYESHADOW PRIMER POTION- Original.
2. Kemudian warnakan kelopak mata dengan warna AFTERPARTY. Jika mahu warnanya lebih pekat, campurkan bersama EYESHADOW PRIMER POTION. Semburkan sedikit air pada berus.
3. Kemudian ambil pembayang mata warna ACOUSTIC, sapukannya pada sudut dalam mata (atas & bawah).
4. Gariskan HEAVY METAL GLITTER EYELINER (ACDC).
5. Lengkapkan solekan mata dengan maskara terbaru TROUBLEMAKER.
6. Untuk bibir pula Ameera Khan memilih VICE LIQUID LIPSTICK dalam ton COMEBACK.
Gaya 2
1. Ameera Khan mencipta gaya lebih edgy dengan mencipta crease dengan sapuan pembayang mata GROUND.
2. Dia kemudian memekatkan lagi sapuan pembayang mata pada sudut mata dengan warna GLAMROCK.