Bukan sahaja krim wajah yang bersifat khusus untuk penggunaan siang dan malam, bahan ubat gigi juga kini lebih spesifik untuk kegunaan pada waktu berbeza.
Zenyum, memang sudah dikenali sebagai sebuah jenama kosmetik mencantikkan gigi menerusi pendakap gigi era barunya (aligners). Jenama yang diasaskan di Singapura pada 2018 ini turut melengkapkan barisan jenamanya dengan berus gigi elektronik. Kini Zenyum menambah empat lagi produk baharu untuk satu pengalaman penjagaan gigi yang lebih menyeronokan.
Sodium Lauryl Sulfate (SLS) adalah bahan yang sering terkandung di dalam ubat gigi. Fungsinya adalah untuk mencipta buih sewaktu proses membersihakn gigi. Namun begitu penggunaan SLS di dalam ubat gigi adakalanya akan menjadi punca kepada ulser, reaksi alergi malah boleh menjadi factor merosakkan enamel gigi. Menyedari akan kesan SLS kepada pengguna, Zenyum memperkenalkan ubat ZenyumFresh™ Day! and Night, iaitu ubat gigi untuk kegunaan siang dan malam yang bebas SLS sebagai intipatinya. Ya, bukan kulit sahaja ada krim siang dan malam, gigi juga perlukan penjagaan yang lebih eksklusif dan spesifik.
ZenyumFresh™ Day! Toothpaste
Ubat gigi untuk kegunaan pada siang hari ini (pagi secara spesifiknya) mengandungi apain yakni enzim yang dijumpai di dalam betik bertindak memutihkan gigi serta membersihkan kotoran yang mana secara mudahnya membantu untuk melindungi enamel gigi sekaligus mencipta nafas yang lebih segar.
Ia turut mengandungi hydroxyapatite dan sodium fluoride yang bagus untuk menguatkan gigi lantas melindungi sebaris senyuman sepanjang hari. Cara gunakannya sama seperti bagaimana anda memberus gigi seperti biasa. Picit ZenyumFresh™ Day! Toothpaste sebesar biji pis pada berus gigi dan gosok seperti biasa. Lebih elok jika and amenggunakan ZenyumSonic™ Toothbrush dalam pilih mod ‘White’.
ZenyumFresh™ Night. Toothpaste
Ubat gigi untuk waktu malam pula mengandungi bahan arang yang diaktifkan sebagai pembersih gigi untuk rejim memberus gigi yang lebih sempurna. Dilengkapkan dengan extra sodium fluoride yang bertindak untuk mencegah kaviti. Menariknya ubat gigi ini juga dilengkapi dengan manfaat lidah buaya (aloe vera) yang bagus untuk menyamankan gusi. Jika anda menggunakan ZenyumSonic™ Toothbrush pilih mod ‘Clean’ untuk membersihkan gigi.
ZenyumFresh™ Floss
Sebagaimana rupa warnanya, flos gigi ini mengandungi bahan arang yang diaktifkan untuk membersihkan sekecil-kecil sisa makanan yang tersekat di celahan gigi. Penggunaan nilon yang dipilih juga cukup cermt agar memastikan proses penggunaan flos lebih selesa dan efektif. Tambah menarik produk ini diperbuat menggunakan 100 peratus bahan vegan dan 60 peratus daripadanya adalah daripada jagung. Gunakan flos ini sebelum membersihkan gigi pada waktu malam.
ZenyumFresh™ Breath Shield
Tidak lengkap rejim penjagaan gigi jika tiada pembersih mulut yang mana sebahagian dari kita berasa tidak selesa menggunakannya atas factor ketidakselesaan. Sebahagian pembersih mulut membuat mulut terasa pedih saat berkumur-kumur. Pembersih mulut dari Zenyum ini mengandungi xylitol yang secara semula jadinya menghapuskan masalah bau mulut yang berpunca daripada bakteria. Ia turut mengandungi zinc citrate yang mencegah plak dan tartar. Menariknya ia turut disempurnakan dengan minyak esensi yang bagus untuk nafas yang lebih segar. Kumur 20ml ZenyumFresh™ Breath Shield selama 30 saat selepas menggosok gigi.
Baca: Miliki Senyuman Yang Lebih Sihat Dan Bersinar Sempurna Bersama ZenyumSonic™