Rawatan yang selama ini hanya terdapat di salon, sudah boleh dibawa ke rumah. Sudah setahun Fibre Clinix diperkenalkan oleh Schwarzkopf Professional, satu rangkaian eksklusif setanding rawatan rambut di salon. Azira Shafinaz dan Shalma Ainaa rasai sendiri pengalaman menggunakannya.
Orang selalu kata rambut itu mahkota wanita, tapi percayalah lelaki juga sangat pentingkan penjagaan rambut. Lelaki juga selalu risau andai sampai satu usia yang rambut mereka tidak lagi selebat zaman muda, jarang-jarang dan akhirnya menyebabkan kebotakan. Jadi saya percaya soal penjagaan rambut bukan hak milik satu jantina sahaja. Lelaki dan perempuan sama-sama perlu memelihara rambut mereka.
Jadi, apa yang Schwarzkopf Professional bawakan ini adalah sesuatu yang baik untuk semua. Berpandukan kajian jenama terkenal ini, setiap orang mempunyai masalah rambut yang pelbagai, dan penjagaannnya juga haruslah sepadan dengan isu yang dialami. Antara masalah lazim ialah rambut kering, rosak, rambut diwarnakan dan rambut menipis atau gugur. Berdasarkan masalah-masalah ini Schwarzkopf Professional mencipta satu rangkaian yang menawarkan produk yang fokus secara spesifik masalah yang dihadapi. Dan menariknya produk-produk ini boleh disuaipadan dengan masalah yang dialami.
Biasanya rambut yang diwarnakan boleh jadi berhadapan dengan masalah rambut kering, jadi ia memerlukan produk yang boleh memelihara warna dan dalam masa yang sama memerlukan belaian atau formula untuk melembapkannya. Biasanya rawatan sebegini hanya terdapat di salon, dan Schwarzkopf Professional menerusi rangkaian mengambil keputusan untuk mencipta satu rangkaian yang Boleh dipanjangkan penggunaannya di rumah, dan rangkaian ini dinamakan sebagai Fibre Clinix.
Rangkaian ini disempurnakan dengan formula yang berpadanan dengan fokus penjagaan; memelihara warna, menguatkan rambut, menghidrat, melebat dan formula dengan Ceramide untuk membuatkan rambut lebih terurus.
Rangkaian ini dilengkapi dengan lima produk iaitu syampu, perapi, pupur rambut sebagai alternative merawat rambut, perapi tanpa bilas dan juga apa yang istimewanya ia hadir dengan ‘booster’ yang akan mengoptimumkan rutin penjagaan rambut anda.
Azira Shafinaz memang bertuah dikurniakan rambut yang lebat. Sudah beberapa kali EH! melakukan penggambaran bersamanya, ramai pendandan rambut professional memuji lebatnya rambut Azira. Namun disebalik rambutnya yang lebat itu, Azira mengakui rambutnya jenis yang mudah mengerbang (frizzy) dan juga kering akibat kesan aktiviti mewarna rambut. Jadi sebagai pengalaman sulungnya bersama Fibre Clinix, kami sarankan produk yang menggabungkan elemen penghidratan dan juga formula yang memelihara warna rambutnya.
Shalma Ainaa pula tampil tambah segar semenjak di memotong pendek rambutnya. Apa yang kami suka tentang rambutnya ialah ia nampak hitam berkilat, sihat. Tidak banyak masalah, kami menyarankan dia menggunakan produk yang akan mengekalkan penghidratan rambutnya dan juga rawatan yang mampu memberi volum kepada rambutnya. Barulah rambut nampak lebih bermaya.