Setiap penghujung tahun, dunia kecantikan menyambut musim perayaan dengan satu tradisi yang paling dinanti, Advent Calendar!
Tahun ini, EH! membawakan pilihan eksklusif Advent Calendar 2025 yang paling menarik untuk anda ‘unboxing’ bersama tersayang, daripada edisi terhad berinspirasikan seni Perancis hingga ke versi moden dengan sentuhan futuristik.
Setiap unboxing membawa kita menyingkap keajaiban, memanjakan deria dan inilah cara paling sempurna untuk menyambut musim perayaan dengan glamor dan kecantikan.
1. Guerlain The Advent Calendar (MYR3,611)
Musim perayaan tahun ini, Guerlain mempersembahkan The Advent Calendar, sebuah karya seni yang bukan sekadar hiasan tetapi juga pengalaman penuh magis. Direka sebagai koleksi eksklusif, kalendar ini menempatkan 25 kejutan kecantikan mewah yang terdiri daripada haruman, solekan dan penjagaan kulit, setiap satunya membawa sentuhan ikonik dari Maison Guerlain.
2. Lancome Advent Calendar Holiday Limited Edition (RM790)
Musim perayaan ini, sertai perjalanan luar biasa dari Paris ke Happiness, destinasi jenama Lancome sejak tahun 1935, dan raikan 90 tahun keajaiban bersama Advent Calendar mewah edisi terhad ini. Direka oleh artis Perancis Safia Ouares dalam rona merah jambu ikonik Lancôme, kalendar berbentuk beg ini terbuka menyingkap hiasan stesen kereta api yang menawan dengan jam megah di tengahnya.
Nikmati 24 hari kejutan di mana setiap kotak menyembunyikan permata kecantikan daripada penjagaan kulit ikonik, solekan memukau hinggalah haruman yang memikat.
3. Dior Le 30 Montaigne Advent Calendar (RM3,200)
Musim perayaan ini, House of Dior mempersembahkan Dior Advent Calendar yang memukau, seperti butik ikoniknya di 30 Avenue Montaigne, dihiasi dengan ornamen berkilau. Di dalamnya, dunia Circus of Dreams muncul hidup, sebuah dekorasi ajaib hasil rekaan artis Pietro Ruffo, di mana bintang Christian Dior memancarkan cahaya ke atas karakter penuh warna-warni yang terinspirasi daripada dunia sarkas yang ceria.
Sebagai gambaran puitis tentang Paris, Advent Calendar ini menempatkan 24 miniatur mewah daripada House of Dior, termasuk wangian eksklusif, penjagaan kulit premium, solekan dan lilin beraroma.
4. L’Occitane en Provence (RM550)
La Maison L’Occitane en Provence membawa anda menyelami keajaiban musim perayaan sambil menemui 24 produk ikonik termasuk produk bersaiz penuh, harta miniatur dan jiwa Provence dalam setiap laci dari rumah kecantikan Perancis Haute-Provence, menjadikan countdown ke Krismas lebih istimewa! Setiap unboxing adalah pengalaman yang memanjakan deria, membawa sentuhan elegan Perancis ke rutin kecantikan harian anda sepanjang musim perayaan.
5. Sephora Moving Lights Advent Calendar (RM315)
Mengapa berhenti selepas membuka pintu 24 Disember? Untuk memanjangkan keajaiban musim perayaan, teruskan dengan SEPHORA COLLECTION After Calendar. Kalendar tambahan ini mengandungi sehingga dua kejutan solekan atau penjagaan kulit setiap hari selama 7 hari lagi, membantu anda menghitung detik menyambut Tahun Baru dengan penuh gaya.
6. Bath and Body Work Happy Holiday’s Advent Calendar Gift Set (RM288)
Hadiah sempurna untuk memastikan tersayang tetap ceria, berseri, dan meriah setiap hari sepanjang Krismas dan seterusnya. Set ini mengandungi 12 produk kegemaran Bath & Body Works dalam kotak gaya kalendar Advent, termasuk Gingham, A Thousand Wishes, Japanese Cherry Blossom, Rose Water & Ivy, dan Pure Wonder, sedia untuk diberikan sebagai hadiah!