Ingin kulit wajah flawless, pastinya penawar terbaik adalah Vitamin C. Bukan sahaja merawat kulit hiper-pigmentasi, kesan jerawat malah bertindak aktif sebagai kolagen semula jadi.
Game changing, setiap kali masalah kulit wajah melanda pasti ramuan ini menjadi solusi sebagai antioksida yang akan memperbaiki dan membaikpulih sel kulit wajah. Jom, lihat senarai serum terbaik yang mempunyai kandungan Vitamin C sebagai panduan rutin penjagaan kulit wajah anda.
Pixi Vitamin- C Serum
Kandungan antioksidan dalam serum ini melindungi kulit muka daripada terdedah sinaran UV dan menyerlahkan kulit wajah dalam jangka masa lama.
Fresh Vitamin Nectar Glow Juice Antioxidant Serum
Merangsang kulit daripada terdedah dengan pencemaran dan mengekalkan kesegaran pada wajah yang kusam. Serum ini cepat resap pada kulit wajah dengan sekali sapuan dan mengekalkan nutrisi kulit dan kekal lembap sepanjang 24 jam.
Caudalie VineActiv Anti-Wrinkle Serum
Serum antioksidan ini kaya dengan Vitamin C dan E. Buat kulit lebih cerah dan bersinar. Turut mengandungi bahan hyaluronic acid untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah berpanjangan.
Kiehl’s Eye Serum
Lingkaran gelap bawah mata mula jelas kelihatan apabila kita berada dalam keadaan penat. Oleh itu, serum mata diperlukan untuk mengurangkan masalah ini dan mengurangkan garis kedutan.
Artikel berkaitan 6 Serum Berkesan Untuk Kulit Bebas Jerawat!